Sudah seminggu berlalu tanpa memaknai diri. Dua minggu sebenarnya! Tapi minggu ini paling teruk, saya memudaratkan dan membunuh waktu begitu saja. Tiada sebab yang munasabah, semuanya kerana berasa ingin bebas daripada kehidupan di dunia. Rutin harian yang hanya menjadi rutin, sudah naik bosan. Terasa mengah dan sesak dada melalui hari-hari yang dirasakan kosong, memenatkan dan tiada faedah. Ternyata tanpa saya sedar, saya sudah bersifat munafik pada diri!
Munafik kerana ikrar yang setiap kali menari di bibir saat berdiri menghadap Ilahi bahawa diri akan menjadi hamba, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu," telah saya ingkari dengan mudah sekali. Jangan anda salah faham, sifat munafik tidak menyebabkan seseorang itu jatuh munafik secara aqidahnya. Saya masih muslim, cuma mempunyai cacat yang sangat cela dan hina.
Kenapa boleh jadi begini? *menangis dalam hati* ðŸ˜
Kenapa saya sampai hilang semangat untuk hidup? Sehinggakan pernah terfikir nak panjatkan doa agar Allah takdirkan diri ini sakit, terlantar di hospital maka saya akan terlepas daripada semua tanggungjawab yang membebani bahu ini.
Nasihat suamiku berulang kali, "Dunia ini tempat untuk kita berpenat lelah. Tiada siapa yang tidak penat di dunia ini. Semua orang penat. Dalam syurga nanti nak rehat, rehatlah puas-puas. Kerana di syurga tak ada dah tanggungjawab dan kewajiban, yang ada hanyalah nikmat yang tak henti-henti daripada Allah."
"Jadi, sayang kena bersabar sikit ja di dunia. Sabar kena turun kuliah setiap hari, sabar menghadapi mehnah dan ujian di dunia. Ingatlah janji Allah. Allah kan tidak memungkiri janjiNya," 😊
Betapa banyak dah nasihat berbuih-buih daripada suamiku, sehinggakan hati ini jadi lembut. Tapi, masih tak kuat untuk menewaskan mentality serta physical yang malas benar nak bergerak, bangun bersiap setiap hari untuk ke kuliah. Hasilnya, bila Allah bagi rasa tak selesa sikit badan pada waktu pagi tu, terus diri jadikan ia alasan untuk tetap di katil, tutup mata. Hiraukan segalanya.
Saya tahu, saya kecewa dengan diri. Saya menangisi kegagalan saya setiap hari. Hati bertekad setiap malam untuk bangkit keesokan harinya dengan semangat dan diri yang baru. Tapi masih tidak berjaya. Mungkin kurang berharap dan doa pada Yang Maha Kuat. Hanya bergantung pada kuatnya diri, padahal kekuatan yang hadir ini semuanya dariNya, tapi diri lupa. 😢
Saya tidak sakit physically, mungkinlah mentally breakdown sikit, hakikatnya mungkin iman ku tenat. Sudah nyawa-nyawa ikan. Atau mungkin sudah tiada nadi. 😠"Ya Allah, betapalah aku mencintaiMu tapi malah aku banyak bermaksiat padaMu. Ampunilah aku, tuntuniku dalam rahmatMu. Berikan aku kekuatan untuk hidup di dunia ini sesuai redhaMu. Agar aku menjadi hamba.."

0 comments:
Post a Comment