Tanggal 27 januari 2018, tarikh penyatuan dua hati kami. Segala persiapan dibuat secara sederhana kerana kami memilih untuk mengikut apa yang Rasulullah pesan, "bersederhana dan tidak membazir."
Segalanya kami lakukan sendiri, tidak meminta tolong sesiapa. Bukan apa, saya memang segan nak minta tolong orang selagi kita mampu lakukannya sendiri. Daripada doorgifts sehinggalah backdrop semua saya dan adik-beradik uruskan. Dengan tetamu yang dianggarkan sekitar 300-500 sahaja, persiapan yang kami buat juga sedikit dan tidak banyak.
Backdrop tu pun last minute punya kerja. Pada asalnya, mak saya berpendapat bahawa tidak perlu ada pelamin, nanti asyik duduk atas pelamin bergambar sahaja. Padahal sebenarnya, kita kena rai dan melayan tetamu yang datang. Saya pun setuju. Tapi, teringin juga nak buat backdrop yang simple yang tidak ada kerusi, dan dibuat di dalam rumah. Jadi dengan bajet yang sedikit, backdrop yang indah dan simple terhasil dengan izinNya. Alhamdulillah. (Credit to: Salma, Hamzah, mak, ayah, cik hanim). Ahmad dan Azzah pun sama, menyumbang idea dan bantu menghias langsir backdrop dan hiasan di tangga. π
Makeup pun tak sangat. Saya berpendapat tidak perlu makeup tebal-tebal menampakkan cantik kita terlebih-lebih. Cantik wanita itu tunjuk depan suami saja lah. Tak perlu tunjuk depan semua orang. Pada hari kejadian, saya hanya memakai concealer (untuk bagi tona muka sekata) dan contact lens jernih (sebab rabun dan tak nak pakai spectπ Tapi ini pun mak saya tak sarankan sangat. Tapi masa tu pujuk juga mak sebab memang saya taknak pakai spek. Kalau tak pakai contact lens nanti kang tak nampak tetamu pulaπ Alhamdulillah mak izinkan.). Saya juga memakai lip balm kerana bibir saya sering kering mengelupas. Itu sahaja. Segala jasa andam-andam ni diberikan kepada kakak iparku Azzah dan adikku Maryam❤️. Terima kasih ya!
Ohh! Tidak lupa juga Maryam yang tenang melayankan gabrah kakaknya ni. Inai pun pakai 4 jam sebelum majlis. Alhamdulillah ada adik yang tenang dan mahir bidang terjun. Dan Salma juga berjaya menghasilkan video majlis yang sangat cantik. π
Doorgifts hasil usaha mak, ayah dan adik2. Sangat proaktif. Order orang je mampu. Kerja kami cuma beli bag kertas dan print doa.
Kad kahwin lagilah jimat. Print sekadar 20 helai, untuk diberikan kepada keluarga di kampung. Selebihnya kad kahwin kami edar melalui medsos sahaja. Dah tersedia jalan yang mudah, whatsapp etc, kenapa tak guna kan? π Urusan kad kahwin ini Salma yang settle. Siap ada banner lagi. Terima kasih Salma!
Music sebagai penyeri majlis saya serahkan sepenuhnya kepada Hamzah.
Hantaran juga kami 'diy'. Semua orang menyumbang dalam penyediaan barang-barang hantaran. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun persiapan sangatlah di akhir-akhir yakni seminggu sebelum tarikh ijab qabul kami.
Segala persiapan rumah credit to ayah. Sanggup renovate bahagian luar rumah, habiskan beribu duit untuk memberikan yang terbaik buat kami. Yang paling saya terharu. Ayah sanggup belikan semua ticket penerbangan anak-anaknya semata-mata nakkan semua adik-beradik saya hadir semasa majlis tersebut. Banyak lagi pengorbanan ayah dan mak yang mungkin tak tertulis tapi sentiasa tersemat dalam ingatan dan hati ini. Alhamdulillah atas segala nikmatNya, yang menganugerahkan kita rezeki yang melimpah ruah. Pesan ayah selalu, "apabila mendapat suatu nikmat, bersyukurlah maka Allah akan tambah lagi. Bersyukur lagi maka Allah akan tambah lagi." ❤️
Makanan pengantin; mak dan ayah serahkan kepada makcik-makcik sebelah ayah. Keluarga besar ayah juga banyak membantu melancarkan majlis. Mereka lah tulang belakang majlis kami, tanpa mereka lopong lah majlis dan kurang sempurna lah majlis tersebut. Alhamdulillah! Terima kasih kalian!
Saya masih ingat kata-kata mak (dalam group whatsapp keluarga) ketika saya masih di mesir sebelum pulang ke malaysia seminggu sebelum nikah, "Mak rasa mak paling relaks sekali bab kahwin ni. Kalau tengok orang lain setahun sebelum kahwin dah sibuk dah banyak kerja. Betul ke kita ni? Ni je ke yang perlu kita buat? Risau mak,"
"Jangan risau mak, hajar dan adik-adik balik nanti kita orang siapkan semuanya. Sempat je insyaAllah. Tak banyak pun benda kena buat," ujarku.
Betul. Alhamdulillah. Apabila kita niatkan untuk buat majlis secara sederhana, dengan doa insyaAllah Allah akan bantu mudahkan segalanya.
.....
"Ya Allah, bantulah hambaMu ini agar senantiasa mensyukuri nikmatMu dan jangan sesekali Engkau jadikan kami kufur nikmat Ya Allah. Rezekikan kami rezeki yang halal dari sisiMu."
0 comments:
Post a Comment